Ekonomi Khalifah Sokoto

Khalifah Sokoto mempunyai perkembangan ekonomi yang baik selama beberapa dekad, terutamanya selepas siri pemberontakan pada 1816 dan 1817. Khalifah ini menguasai perdagangan di laluan trans-Sahara. Seluruh tanah khalifah Sokoto diperuntukkan status wakaf terhadap seluruh penduduknya.[6]

Meskipun begitu, Sultan Sokoto atau amir boleh memberikan tanah kepada pihak individu atau keluarga dan boleh diwarisi secara pusaka, tetapi tidak boleh dijual.[7] Pertukaran barang biasanya dilaksanakan dengan menggunakan hamba, cangkerang dan emas.[6]